Hadith : Amalan yang memanjangkan umur

Tuesday, May 26, 2009

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dengan berbuat kebaikan akan terhindar daripada kematian yang buruk, bersedekah dengan sembunyi akan menyejukkan kemurkaan Allah dan silaturrahmi iaitu menjalin hubungan yang baik di antara saudara-mara akan memanjangkan umur".
Hadith riwayat Tabarani dan Majma uz Zawaid

Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan rezekinya ditambahkan, hendaklah dia menjalin hubungan silaturrahmi dengan baik kepada saudara-mara ibubapanya."
Hadith dari Musnad Ahmad

Dari Muaz r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan kepada kedua ibubapa, berilah berita gembira untuk mereka, yakni Allah Taala akan menambahkan umurnya."
Hadith riwayat Hakim

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE