Hadith : Kedudukan Seorang Muslim 1

Tuesday, June 16, 2009

Dari Aishah r.ha. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya melayani orang mengikut kedudukan mereka.


Hadith riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas r.huma. meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w. melihat ke arah kaabah lantas bersabda,
"(Dengan rasa takjub) Lailaha illallah. (Wahai Kaabah!) Betapa sucinya engkau! Betapa wanginya bauanmu, dan betapa tingginya kehormatanmu (tetapi) kehormatan seorang mukmin adalah lebih tinggi daripada kehormatanmu. Sesungguhnya Allah menjadikanmu dengan penuh kehormatan, (begitu juga) dengan harta seorang mukmin, darahnya dan kehormatannya yang tinggi dan patut dimuliakan. (Oleh kerana itu) maka haram seseorang itu bersangka buruk kepada seorang muslim yang lain."
Hadith riwayat Tabarani

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya."
Hadith riwayat Tirmizi

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Raulullah s.a.w. bersabda,
"Orang-orang fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun."
Hadith riwayat Tirmizi

Dari Abdullah bin Umar r.huma. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin di kalangan umat ini? Nabi bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang engkau amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah s.a.w. bersabda: Lantas mereka dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras di kalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah."
Hadith riwayat Ibnu Hibban

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE