Video : The Uyghur Muslims in East Turkistan

Thursday, July 30, 2009



Video : Islam and Science

Wednesday, July 29, 2009



Video : Advises to Husband for Successful Marriage in Islam - Imam Hasan Khalil

Part II



Part III

Video : Woman Issues..Islam does not degrade Woman

Dosa Yang Lebih Hebat Dari Berzina

Saturday, July 25, 2009

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatakala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi! ..." teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Sumber; 30 Kisah Teladan oleh KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadith Nabi s.a.w. disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadith yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadith Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Hadith : Membantu Umat Islam

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah S.W.T. akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun."
Hadith riwayat Hakim

Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah di antara amal yang wajib mendapat pengampunan."
Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Said r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang memberi pakaian kepada orang-orang yang telanjang, maka Allah S.W.T. akan memakaikan pakaian hijau daripada syurga. Dan barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, Allah S.W.T. akan memberi makan buah-buahan daripada syurga. Dan barangsiapa memberi minum kepada orang yang dahaga, akan diberi minum dari minuman arak yang asli yang telah dimohor (dicap)."
Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam? Baginda s.a.w. menjawab:
"Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak."
Hadith riwayat Bukhari

Dari Abdullah bin Umar r.huma berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan hamburkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan."
Hadith riwayat Tirmizi

Taka Melor Labis Segamat

Friday, July 24, 2009




























Kawasan perkelahan dengan air terjun ini kurang di ketahui umum kerana lokasi yang terpencil. Ia terletak tidak jauh dari pekan Tenang. Bagi mereka yang ingin ke sini bersama keluarga, dinasihatkan agar membawa sendiri bekalan makanan. Tempat yang menarik ini boleh dicari di Google Maps lebih kurang di sini.

Apa yang menarik?
  • Suasana nyaman yang jauh daripada kebisingan bandar
  • Terdapat 'kolam mandi' yang dalam, sesuai untuk yang mahir berenang
  • Kawasan mandi yang cetek, sesuai untuk kanak-kanak
  • Tempat letak kenderaan yang mencukupi
  • Tempat menukar pakaian bagi lelaki dan perempuan
Apa yang kurang?
  • Jalan ke sini yang sempit (salah satu kenderaan yang selisih kena mengalah)
  • Salah pilih tarikh terutama ketika cuti umum menyebabkan kurang ruang untuk mandi dan lain-lain
  • Banyak batu-batu di kawasan kolam mandi yang cetek untuk kanak-kanak

Peranan Masjid

Wednesday, July 8, 2009


Masjid memainkan peranan yang besar dalam masyarakat Islam. Ia merupakan pusat pentadbiran Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w. Berikut adalah beberapa blog dan website yang membincangkan peranan masjid dalam berbagai bidang dan zaman:-

Peranan masyarakat dalam menghidupkan institusi masjid:-

Hadith : Mimpi Rasulullah s.a.w.

Tuesday, July 7, 2009

Dari Samurah ibn Jundab r.a. meriwayatkan; Rasulullah s.a.w. seringkali bertanya kepada sahabat-sahabatnya: Adakah seseorang daripada kamu bermimpi? Maka salah seorang di antara mereka akan menceritakan mimpinya dan Rasulullah s.a.w. akan menjelaskannya. Suatu pagi Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Malam tadi dua orang datang kepadaku (dalam mimpi) dan membangunkan aku dan berkata; Pergilah bersama dengan kami. Aku berangkat bersama mereka dan kami melintasi seorang lelaki yang berbaring dan seorang lagi berdiri di sebelah atas kepalanya, dia memegang batu yang besar dan dia menghempaskan batu itu kepada lelaki (yang sedang berbaring itu) sehingga batu itu menghancurkan kepalanya.

Batu itu terlempar jauh. Sebelum batu itu sampai, kepala itu menjadi seperti sediakala. Pelempar itu melakukan hal yang sama sebagaimana dia telah lakukan sebelumnya. Dengan rasa hairan saya bertanya kepada kedua orang itu: Subhaanallah! Siapakah kedua orang ini? Mereka berkata; Mari kita berjalan terus! Maka kami meneruskan perjalanan sehingga kami datang kepada seorang lelaki yang sedang tidur terlentang di atas katilnya, dan seorang lelaki yang lain berdiri di sebelahnya dengan sebatang paku besi dan dia meletakkan paku itu dari satu sisi mulut lelaki itu, maka merobek pipi salah satu daripada mukanya, hidungnya dan matanya sampai ke tengkuk dan demikian pula dia melakukan hal yang sama pada sebelah yang lain.

Ketika dia mencarik-carik salah satu bahagian dari muka orang itu, bahagian yang lain telah kembali pulih, kemudian dia kembali kepada bahagian yang pertama untuk mengulanginya. Saya bertanya kepada kedua orang itu: Subhaanallah! Siapakah kedua orang ini? Mereka berkata; Mari kita berjalan terus! Kemudian kami meneruskan perjalanan dan kami sampai pada sesuatu seperti tannur (sebuah lubang seperti tempayan yang biasanya dibuat dari tanah untuk membakar roti). Rasulullah s.a.w. bersabda; Dalam tempayan itu terdengar suara tangisan dan jeritan. Kami melihat ke dalamnya dan mendapati lelaki dan wanita dalam keadaan telanjang dan nyala api yang membakar dari bawah. Dan apabila api itu sampai kepada mereka, mereka menjerit dengan suara yang kuat. Aku bertanya kepada mereka: Siapakah mereka ini? Mereka meminta aku untuk berjalan terus! Maka kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai ke sebuah sungai yang berwarna merah seperti darah.

Rasulullah s.a.w. menambahkan: Dan sesungguhnya dalam sungai itu ada seseorang lelaki yang sedang berenang dan di tebingnya ada lelaki yang sudah mengumpulkan batu-batu. Lelaki yang berenang itu datang kepada lelaki itu lalu membuka mulutnya dan orang yang berada di tebing sungai itu melemparkan batu ke dalam mulutnya, kemudian dia pergi dan berenang kembali. Dia kembali dan setiap kali sampai diulangi lagi perbuatan itu. Aku bertanya kepada kedua sahabatku: Siapakah mereka ini? Mereka berkata kepadaku; Teruskan, teruskan.

Maka kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai pada seorang lelaki dengan wajah yang hodoh, wajah yang hodoh yang tidak pernah kulihat. Selain dia, ada api dan dia sedang dinyalakannya dan dia berlari mengelilingi api itu. Aku bertanya kepada sahabat-sahabatku: Siapakah orang ini? Mereka berkata kepadaku: Teruskan, teruskan. Maka kami meneruskan perjalanan kami sehingga sampai pada sebuah taman yang hijau daunnya sangat lebat yang memiliki warna dari semua sumber. Di tengah-tengah kebun itu ada seorang lelaki yang sangat tinggi dan amat sukar untuk melihat kepalanya kerana sangat tingginya dan di sekelilingnya ada kanak-kanak yang ramai yang tidak pernah aku lihat sesuatu seperti itu. Aku bertanyakan kepada sahabat-sahabatku: Siapakah orang ini? Mereka menjawab: Teruskan, teruskan.

Maka kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai pada sebuah taman yang sangat anggun, lebih besar dan lebih cantik daripada yang pernah aku lihat. Kedua sahabatku berkata kepadaku; Pergilah dan naiklah. Maka kami naik sehingga kami sampai ke sebuah kota yang diperbuat dari emas dan batu-batanya dari emas dan perak. Maka kami pergi ke gerbangnya dan pintunya terbuka, maka kami masuk ke dalam kota itu dan kami mendapatkan di dalam lelaki dengan saparuh badannya sangat tampan sebagaimana orang yang sangat tampan yang pernah kamu lihat, dan separuh dari badannya sangat hodoh yang tidak pernah kamu lihat orang sehodoh itu.

Kedua sahabatku memerintahkan orang-orang ini untuk terjun ke dalam sungai itu (sebuah sungai yang mengalir) yang airnya putih seperti susu. Orang-orang itu pergi dan mencelupkan badannya ke dalam sungai itu kemudian kembali kepada kami dengan rupa yang tampan (keseluruhannya). Rasulullah s.a.w. menambah: Kedua sahabat-sahabatku kemudian sambil menunjuk berkata kepadaku: Itulah tempat untuk kamu, iaitu Jannatul 'Adn. Aku mengangkat pandanganku dan sesungguhnya aku melihat di sana sebuah mahligai seperti awan putih. Kemudian sahabatku berkata kepadaku; Istana itu adalah kepunyaanmu. Aku berkata kepada mereka; ØĻØ§ØąŲƒ اŲ„Ų„Ų‡ ŲŲŠŲƒŲ…ا.

Ertinya; Semoga Allah memberkati kamu berdua. Izinkan aku untuk masuk ke dalamnya. Mereka menjawab: Bukan sekarang, tetapi engkau akan memasukinya (pada suatu hari). Aku berkata kepada mereka: Aku telah melihat banyak kejadian pada malam ini, apakah maksud dari semua ini? Mereka menjawab: Kami akan memberitahu kamu. Peristiwa orang pertama yang kamu lalui, kepalanya sedang dilempari dengan batu, dia adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan kemudian tidak membacanya atau tidak beramal dengan perintah-perintahnya dan tidur tanpa mengerjakan sembahyang. Dan bagi orang yang kamu lalui ke atasnya kedua sisi mulutnya, hidung dan matanya dikoyak dari depan ke belakang, dia adalah lelaki yang keluar dari rumahnya pada waktu pagi dan menyebarkan kebohongan-kebohongan ke seluruh dunia. Dan lelaki dan perempuan yang telanjang itu yang kamu lihat dalam tempayan pembakar roti adalah penzina lelaki dan perempuan. Lelaki yang engkau lihat sedang berenang di sungai dan yang diberikan batu untuk ditelan adalah pemakan riba' dan lelaki yang kelihatan hodoh yang kamu lihat dekat api yang sedang dinyalakannya dan mengelilinginya itu adalah Malik (penjaga nereka), dan lelaki yang tinggi yang engkau melihatnya dalam taman adalah Nabi Ibrahim a.s. Dan anak-anak yang mengelilinginya adalah anak-anak yang mati dalam keadaan fitrah."
Periwayat berkata; Sebahagian sahabat bertanya kepada Nabi; Wahai Rasulullah, bagaimana dengan anak-anak orang musyrikin? Baginda s.a.w. bersabda;
"Anak-anak orang musyrikin pun (begitu) juga. Rasulullah s.a.w. menambah: Orang yang engkau lihat separuh tampan dan separuh jelek, adalah orang-orang yang bersama dengan amalan-amalan baik, memiliki juga amalan-amalan yang buruk, akan tetapi Allah mengampuni mereka."
Hadith riwayat Bukhari

Mengapa Yahudi Bijak?

Monday, July 6, 2009


Artikel daripada "Why the jews so smart" by Dr. Stephen Carr LEON.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, perkara pertama saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengahhari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk kaum ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda di undang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda di undang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Ini di anggap suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muyskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yang bijak? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato'!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Kind and Love Towards a Children

The Holy Prophet (Peace be on him) was very kind to children and love them. He would stroke their heads out of love and would pray for their good in life. Whenever the children came near to him he would pick them up in his arms and fondle them with great love. Sometimes he would bring out his tongue before the child and the child would become cheerful and laugh. If he was lying down, he would make a child sit on the soles of his feet or on his chest. If several children were there, he would make them fall in a row and would himself sit stretching out his arms and would say, "Run up to me, who touches me first, will get a prize." The children would come running to him. Some would fall on his chest, some would fall on his belly. He would embrace them and kiss them.


Khasail Nabawi

Whenever the Holy Prophet passed by children, he would salute them, put his hands on their heads and pick up the small ones in his arms. On seeing a mother loving her baby, he would be deeply affected. When discussing mother's love he would say, "whomsoever Allah favours with children and he loves them as also fulfils his obligations towards them, then he would remain safe from the hell fire."

If while returning from a journey, the Holy Prophet (Peace be on him) met children on the way, he would pick them up affectionately and get them seated before or behind himself on his mount. Children also loved him much. No sooner than they saw him, they would run upto him. He would pick up each one of them, kiss him and give him something like dates or freshfruits or some other nice thing to eat. If the baby of a woman saying prayer in his leadership started crying he would shorten the prayer in order to relieve the mother from her distraction.

Khasail Nabawi

Ref: The Life and the Teachings of the Holy Prophet Muhammad (Peace be upon him) by Maulana Dr. Muhammad Abdul Hai, B.A. LL.B (ALIG) and Maulana Ashraf Ali Tanwi, pg. 95 - 96.

Ijtimak (Perhimpunan Umat Islam) 2009

Friday, July 3, 2009









Satu perhimpunan umat Islam bakal diadakan pada 9, 10, 11 dan 12 Julai 2009 bertempat di tanah lapang berhampiran Masjid Kuarters KLIA, Sepang. Semua muslimin dijemput menghadirkan diri. Bagi mereka yang pertama kali hendak ke sana, lihatlah peta berikut dan sini.

Hadith : Setiap Perkataan Akan Dipersoal

Wednesday, July 1, 2009

Dari Hasan rahmatullah 'alaih meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Jika seseorang hamba berucap, maka Allah S.W.T. pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, bahawa apakah niat dan tujuan ucapannya itu."
Ja'far rahmatullah 'alaih berkata: Hadrat Malik bin Dinar rahmatullah 'alaih bilamana menceritakan hadith ini, maka dia akan menangis sehingga terputus-putus suaranya. Kemudian dia akan berkata: Orang menyangka bahawa dengan menceritakan hadith ini mata aku akan sejuk. Yakni aku akan gembira dengan menceritakan hadith ini. Aku tahu Allah S.W.T. pasti akan menyoalku: Apakah tujuan dan niat kamu dalam menceritakan hadith ini.

Hadith riwayat Baihaqi

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE