Hadith : Apabila Ilmu Terangkat dan Tiada Ulama Yang Sebenar

Thursday, August 13, 2009

Dari Abdullah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada orang lain, dan belajarlah ilmu dan ajarkanlah kepada orang lain, dan pelajarilah hukum-hukum yang fardhu dan ajarkanlah kepada orang lain, kerana sesungguhnya aku akan diangkat daripada dunia ini dan ilmu juga kelak akan diangkat daripada dunia ini sehingga dua orang akan bertelagah di dalam menentukan sesuatu hukum (disebabkan kerana kurangnya ilmu) sehingga tidak ada seorang pun diantaranya yang dapat menerangkan hukum-hukum fardhu dengan betul."
Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai manusia! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat."
Hadith riwayat Musnad Ahmad

Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadith riwayat Bukhari

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE