Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
My Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
987สล็อต1 year ago
-
-
“Cheetos” For Families in Need2 years ago
-
-
-
-
-
-
Hello world!5 years ago
-
The Golden Ratio5 years ago
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?7 years ago
-
-
-
-
-
Limits and Boundaries9 years ago
-
Jadi Pendengar Yang Baik9 years ago
-
Marmara Foods’ New Online Presence!9 years ago
-
-
-
-
-
REFLEKSI BERMALAM DI WAD11 years ago
-
-
-
-
Blogger Meta Tag Optimization11 years ago
-
-
Impikan anak soleh11 years ago
-
Berunding di Sitwe, Arakan11 years ago
-
-
When Love is a One-Night Stand12 years ago
-
8 Videos To Motivate You This Ramadan12 years ago
-
Ramadan Schedule12 years ago
-
-
Ramadan Joy12 years ago
-
-
7 Ways to Increase your Influence on Twitter12 years ago
-
-
-
Utusan Malaysia Online - Politik13 years ago
-
Can the Angry Birds Keep Flying?13 years ago
-
The Meaning of the Noble Qur’an13 years ago
-
The Anatomy of Spider13 years ago
-
Sleep14 years ago
-
-
Malaysians in Yanbu, Saudi Arabia (updated)14 years ago
-
-
-
-
-
Terima Kasih Semuanya15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Posted by haSan faTula at 2:12 PM 0 comments
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.
Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.
Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.
Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.
Posted by haSan faTula at 2:00 PM 0 comments
Labels: Travel
Menara Kuala Lumpur
MENARA KUALA LUMPUR is the fifth tallest telecommunications tower in the world and the tallest in Southeast Asia. Standing at 421m and located at the heart of Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia.
Posted by haSan faTula at 1:40 PM 0 comments
Labels: Travel
Hadith : Kesan Sifat Buruk Kepada Islam dan Masyarakat
Dari Zubair bin Awwam r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
"Telah diserang kepada kamu satu penyakit yang mana telah menyerang umat sebelum daripada kamu; penyakit itu adalah hasad dengki, yang akan mencukurnya. Aku tidak mengatakan bahawa yang dicukur itu ialah rambut, tetapi yang dicukur itu ialah agama."Hadith riwayat Tirmizi
Posted by haSan faTula at 1:10 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Hindarkan Perselisihan
Dari Muaz bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah S.W.T. memberi sepenuh perhatian kepada seluruh makhlukNya pada malam 15 Sya'ban dan mengampuni seluruh makhlukNya kecuali dua jenis manusia iaitu mereka yang melakukan syirik kepada Allah dan orang yang ada sifat membenci seseorang dalam hatinya."Hadith riwayat Tabarani
Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah di antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan."Hadith riwayat dari Muwatta’ Imam Malik
Posted by haSan faTula at 1:03 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Perkahwinan
عن ابي هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس منا من خبب امراة على زوجها او عبدا على سيده رواه ابو داود باب فيمن خبب امراة على زوجها رقم 2175
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang menyebabkan seorang perempuan bergaduh atau berbalah dengan suaminya dan seorang hamba mengingkari tuannya bukanlah dari golongan kami."Hadith riwayat Abu Daud
Posted by haSan faTula at 7:31 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Virtues of Spending for the Cause of Allah
Abu Hurairah narrated that Rasulullah s.a.w. said,
"If I possessed gold to the extent of mount Uhud, I would not like to keep any of it with me for more than three days, except what I put aside for paying a debt."Narrated by Bukhari
From Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. said,
"Two angels come down (from the heavens) every morning; one prays, ‘O Allah, grant a return to him who spends, while the other prays, ‘O Allah, destroy the wealth of him who withholds it."Muttafaqun Alaih from Misykat
Posted by haSan faTula at 2:29 PM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Kelebihan Ramadhan
Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'ban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T. padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah
Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."
Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. (لا اله الا الله) dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
Posted by haSan faTula at 12:31 AM 0 comments
Labels: Hadith