Bahaya Panadol

Friday, November 20, 2009


Jangan Ambil Panadol & Panadol actifast / Soluble Lagi(Terutama Mereka Yang Ada Gastrik) UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. .."Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. .

Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.



Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

zai6973.blogspot

Sumber dari TKODaily.net

Fiqh : Bab Iqamah

Thursday, November 19, 2009

Menurut ulama' jumhur selain ulama' Hambali, iqamah adalah sunat muakkad bagi solat fardhu yang berwaktu dan solat fardhu kepada mereka yang lewat sama ada secara sendirian atau berjemaah sama ada lelaki atau perempuan.

Ulama' Hambali pula mengatakan wanita tidak perlu azan dan iqamah.

Keputusan UPSR


19 Nov 2009; Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Salah seorang anak saudara mendapat 2A, 2B dan 1C. Inilah qada' dan qadar namanya. Si anak saudara ni dah berusaha, dan ibubapa telah berusaha dengan cara mereka. Tapi keputusan .... =( sedih sungguh. Inilah ujian bagi ibubapa. Ujian yang ditentukan Allah S.W.T. sama ada mereka yakin kepada qada' dan qadarNya.

Kita nak cakap banyak, kita ni bukanlah pakar motivasi. Motif basi tu mungkinlah. Yang sebenarnya kegagalan anak adalah kegagalan ibubapa juga. Kegagalan ibubapa menyediakan anaknya menghadapi UPSR sekadar sepatutnya. Bagi ibubapa yang merasakan mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, maka datanglah hantu merasuk diri! Singa jadian muncul! Ini kerana kurangnya keimanan pada qada' dan qadar.

Ibubapa harus buat postmortem. Mungkin usaha mereka selama ini tidak secara yang sepatutnya. Walaupun anak dah berusaha mengikut kemampuannya, ibubapa sentiasa mendesak anak-anak, tengking king king .... hari-hari. Anak jadi 'stress', tekanan di rumah dan di sekolah. Ini juga mungkin penyebab keputusan yang tidak memuaskan.

Kesimpulannya, postmortem, muhasabah. Kesilapan anak, kesilapan ibubapa, pengaruh sekeliling dan lain-lain. Banyak yang mempengaruhi keputusan UPSR tersebut.

Pengalaman di Mahkamah Syarie


Semalam keluarga sebelah isteri telah terima surat keputusan penjagaan anak saudara yang kedua ibubapanya telah meninggal dalam kemalangan tahun 2007. Surat bertarikh 15 Oktober 2009 yang baru diterima semalam itu adalah hasil penghakiman pada April yang lepas. Pelik sungguh, enam bulan baru dapat dikeluarkan keputusan yang cuma beberapa helai.

Setelah disemak, didapati ada persetujuan bersama yang tidak dicatat. Lo! lagu mana nih! Keputusan yang telah di'endorse' oleh mahkamah terdapat point penting yang tercicir? Ia berbeza sama sekali dengan prosedur catatan dan persetujuan kalau anda pernah menghadiri mahkamah sesyen. Tiada yang terburu-buru dalam mencapai persetujuan sehingga semuanya telah tercatat.

Hadith : Cinta Dunia dan Takut Mati

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
Hadis riwayat Abu Daud

They and Us

Tuesday, November 10, 2009

Taken from Muhd Hazrie blog

We have lost the capacity to produce knowledge.

o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority – countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/development 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens.
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
o Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.

o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion.
o Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude? No need to tell, the figures are speaking themselves very loudly. We are unable to listen

Advice:

Please educate yourself and your children. Always promote education, don’t compromise on it, don’t ignore your children’s slightest misguidance from education (and please, for God’s Sake, don’t use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can’t do it now, they can’t ever).
We are World’s biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ownselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy…And nothing else.

=| Our victory is when Allah is with us! Allah will be with us when we follow His Prophet Muhammad s.a.w.

Hadith : Perkara Sunnah hingga ke Jumaat

Friday, November 6, 2009

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma)."
Hadith riwayat Tabarani, Majma' Azzawaid

Dari Aus ibn Aus As Saqafi r.a. berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam."
Hadith riwayat Abu Daud

Hadith : Setiap Perkataan Akan Disoal

Wednesday, November 4, 2009

Dari Hasan rahmatullah 'alaih meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Jika seseorang hamba berucap, maka Allah S.W.T. pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, bahawa apakah niat dan tujuan ucapannya itu."
Ja'far rahmatullah 'alaih berkata: Hadrat Malik bin Dinar rahmatullah 'alaih bilamana menceritakan hadith ini, maka dia akan menangis sehingga terputus-putus suaranya. Kemudian dia akan berkata: Orang menyangka bahawa dengan menceritakan hadith ini mata aku akan sejuk. Yakni aku akan gembira dengan menceritakan hadith ini. Aku tahu Allah S.W.T. pasti akan menyoalku: Apakah tujuan dan niat kamu dalam menceritakan hadith ini.

Hadith riwayat Baihaqi

Hadith : Tamak Harta dan Gila Glamor Merosakkan Agama

Tuesday, November 3, 2009

Dari Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudaratan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh."
Hadith riwayat Tirmizi

Hadith : Mencari Rezeki Bukan Untuk Berbangga

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama, walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu Allah S.W.T., dalam keadaan Allah S.W.T. akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah S.W.T. dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama."
Hadith riwayat Baihaqi

Hadith : Keredhaan Allah atau Keredhaan Manusia

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. murka terhadapnya dan Allah S.W.T. akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah S.W.T. itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah S.W.T. dan menyebabkan manusia murka, maka Allah S.W.T. akan menyukakannya dan Allah S.W.T. akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakannya kerana menyukakan Allah S.W.T. Sehingga Allah S.W.T. akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah S.W.T. akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."
Hadith riwayat Tabrani dan Majma uz Zawaid

Hadith : Menunjuk-nunjuk (Riyak) adalah Syirik

Dari Umar bin Khattab r.a. meriwayatkan bahawa beliau pada suatu hari telah pergi ke Masjid Nabawi. Maka beliau telah melihat Hadhrat Mu'az r.a. sedang duduk berhampiran pusara Rasulullah s.a.w. dan menangis. Umar r.a. telah bertanya: "Mengapakah kamu menangis?" Beliau telah menjawab: "Aku menangis disebabkan satu sabdaan yang telah aku dengar dari Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. telah bersabda:"

"Menunjuk-nunjuk walaupun sedikit adalah syirik. Dan sesiapa yang memusuhi mana-mana kekasih Allah S.W.T., dia telah mengajak Allah S.W.T. berperang. Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal, yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah pelita hidayah yang bercahaya. Mereka (kerana cahaya hati mereka akan menyelamatkan Agama mereka dan) keluar dari ributan fitnah."
Hadith riwayat Ibnu Majah

Hadith : Rakan yang Baik

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapakah orang yang baik untuk kami duduk bersama dengan mereka? Baginda s.a.w. menjawab,

"Orang yang apabila kamu melihatnya kamu teringat akan Allah. Yang mana perkataannya meningkatkan lagi amalan kamu, dan orang yang amalannya menjadikan kamu teringat akan akhirat."
Hadith riwayat Abu Ya'la, Majma' Azzawaaid

Hadith : Kelebihan Ilmu dan Menuntut Ilmu

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada didalamnya (jauh dari rahmat Allah S.W.T.), kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya (yakni amal-amal kebajikan), seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama."
Hadith riwayat Tirmizi

Hadith : Beriman Pada Yang Ghaib

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar di sisi Allah S.W.T., nescaya tidak ada seorang pun di antaranya yang mengharap untuk memasuki syurga. Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah, nescaya tidak ada seorang pun yang akan putus asa daripada memasuki syurga."
Hadith riwayat Muslim

Hadith : Berpegang kepada Sunnah

Sunday, November 1, 2009

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)."
Hadith riwayat Tabarani

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE