Asar Lecture by Maulana Ehsan

Sunday, June 21, 2009

Manusia hidup di dunia bukan untuk tinggal tetapi untuk pergi. Tidak ada seorang pun yang akan tinggal di dunia. Manusia sebenarnya berpindah dari satu alam ke satu alam yang lain. Dari alam rahim ibu ke alam dunia dan seterusnya ke alam kubur. Di alam kubur mereka akan menunggu sehingga 50,000 tahun hingga hari kiamat.


Keadaan menusia selepas mati berbeza-beza. Ada setengahnya mendapat kenikmatan dan ada yang menerima azab yang sangat pedih. Bagi orang yang hidup di dunia tanpa mengindahkan perintah Allah, mereka menerima azab yang tidak terperi. Bagi orang yang di dunia ini menundukkan hawa nafsunya dan mengikut perintah Allah, maka Allah akan 'ikram' kepada mereka dengan kehidupan yang penuh kenikmatan sehingga manusia tidak boleh mengira nikmat-nikmat Allah. Allah berfirman yang maksudnya,
"Wahai hambaKu, rasailah nikmat-nikmat Aku. Hamba-hamba itu berkata, 'apa lagi nikmat yang hendak Kamu beri ya Allah, di sisi kami masih banyak lagi nikmat-nikmat untuk kami."
Ruj: Petikan dari Bayan Asar oleh Maulana Ehsan

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE