Hadith : Membantu Umat Islam

Saturday, July 25, 2009

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah S.W.T. akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun."
Hadith riwayat Hakim

Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah di antara amal yang wajib mendapat pengampunan."
Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Said r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang memberi pakaian kepada orang-orang yang telanjang, maka Allah S.W.T. akan memakaikan pakaian hijau daripada syurga. Dan barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, Allah S.W.T. akan memberi makan buah-buahan daripada syurga. Dan barangsiapa memberi minum kepada orang yang dahaga, akan diberi minum dari minuman arak yang asli yang telah dimohor (dicap)."
Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam? Baginda s.a.w. menjawab:
"Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak."
Hadith riwayat Bukhari

Dari Abdullah bin Umar r.huma berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan hamburkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan."
Hadith riwayat Tirmizi

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE