Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma)."Hadith riwayat Tabarani, Majma' Azzawaid
Dari Aus ibn Aus As Saqafi r.a. berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam."Hadith riwayat Abu Daud
0 comments:
Post a Comment