Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Hadith : Cinta Dunia dan Takut Mati

Thursday, November 19, 2009

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
Hadis riwayat Abu Daud

Hadith : Perkara Sunnah hingga ke Jumaat

Friday, November 6, 2009

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma)."
Hadith riwayat Tabarani, Majma' Azzawaid

Dari Aus ibn Aus As Saqafi r.a. berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam."
Hadith riwayat Abu Daud

Hadith : Setiap Perkataan Akan Disoal

Wednesday, November 4, 2009

Dari Hasan rahmatullah 'alaih meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Jika seseorang hamba berucap, maka Allah S.W.T. pasti akan menyoalnya tentang ucapannya itu, bahawa apakah niat dan tujuan ucapannya itu."
Ja'far rahmatullah 'alaih berkata: Hadrat Malik bin Dinar rahmatullah 'alaih bilamana menceritakan hadith ini, maka dia akan menangis sehingga terputus-putus suaranya. Kemudian dia akan berkata: Orang menyangka bahawa dengan menceritakan hadith ini mata aku akan sejuk. Yakni aku akan gembira dengan menceritakan hadith ini. Aku tahu Allah S.W.T. pasti akan menyoalku: Apakah tujuan dan niat kamu dalam menceritakan hadith ini.

Hadith riwayat Baihaqi

Hadith : Tamak Harta dan Gila Glamor Merosakkan Agama

Tuesday, November 3, 2009

Dari Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudaratan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh."
Hadith riwayat Tirmizi

Hadith : Mencari Rezeki Bukan Untuk Berbangga

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama, walaupun dengan cara yang halal, dia akan bertemu Allah S.W.T., dalam keadaan Allah S.W.T. akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah S.W.T. dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama."
Hadith riwayat Baihaqi

Hadith : Keredhaan Allah atau Keredhaan Manusia

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. murka terhadapnya dan Allah S.W.T. akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah S.W.T. itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah S.W.T. dan menyebabkan manusia murka, maka Allah S.W.T. akan menyukakannya dan Allah S.W.T. akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakannya kerana menyukakan Allah S.W.T. Sehingga Allah S.W.T. akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah S.W.T. akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."
Hadith riwayat Tabrani dan Majma uz Zawaid

Hadith : Menunjuk-nunjuk (Riyak) adalah Syirik

Dari Umar bin Khattab r.a. meriwayatkan bahawa beliau pada suatu hari telah pergi ke Masjid Nabawi. Maka beliau telah melihat Hadhrat Mu'az r.a. sedang duduk berhampiran pusara Rasulullah s.a.w. dan menangis. Umar r.a. telah bertanya: "Mengapakah kamu menangis?" Beliau telah menjawab: "Aku menangis disebabkan satu sabdaan yang telah aku dengar dari Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. telah bersabda:"

"Menunjuk-nunjuk walaupun sedikit adalah syirik. Dan sesiapa yang memusuhi mana-mana kekasih Allah S.W.T., dia telah mengajak Allah S.W.T. berperang. Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal, yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah pelita hidayah yang bercahaya. Mereka (kerana cahaya hati mereka akan menyelamatkan Agama mereka dan) keluar dari ributan fitnah."
Hadith riwayat Ibnu Majah

Hadith : Rakan yang Baik

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapakah orang yang baik untuk kami duduk bersama dengan mereka? Baginda s.a.w. menjawab,

"Orang yang apabila kamu melihatnya kamu teringat akan Allah. Yang mana perkataannya meningkatkan lagi amalan kamu, dan orang yang amalannya menjadikan kamu teringat akan akhirat."
Hadith riwayat Abu Ya'la, Majma' Azzawaaid

Hadith : Kelebihan Ilmu dan Menuntut Ilmu

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada didalamnya (jauh dari rahmat Allah S.W.T.), kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya (yakni amal-amal kebajikan), seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama."
Hadith riwayat Tirmizi

Hadith : Beriman Pada Yang Ghaib

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar di sisi Allah S.W.T., nescaya tidak ada seorang pun di antaranya yang mengharap untuk memasuki syurga. Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah, nescaya tidak ada seorang pun yang akan putus asa daripada memasuki syurga."
Hadith riwayat Muslim

Hadith : Berpegang kepada Sunnah

Sunday, November 1, 2009

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)."
Hadith riwayat Tabarani

Hadith : Kesan Sifat Buruk Kepada Islam dan Masyarakat

Thursday, September 10, 2009

Dari Zubair bin Awwam r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

"Telah diserang kepada kamu satu penyakit yang mana telah menyerang umat sebelum daripada kamu; penyakit itu adalah hasad dengki, yang akan mencukurnya. Aku tidak mengatakan bahawa yang dicukur itu ialah rambut, tetapi yang dicukur itu ialah agama."
Hadith riwayat Tirmizi

Hadith : Hindarkan Perselisihan

Dari Muaz bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Allah S.W.T. memberi sepenuh perhatian kepada seluruh makhlukNya pada malam 15 Sya'ban dan mengampuni seluruh makhlukNya kecuali dua jenis manusia iaitu mereka yang melakukan syirik kepada Allah dan orang yang ada sifat membenci seseorang dalam hatinya."
Hadith riwayat Tabarani

Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah di antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan."
Hadith riwayat dari Muwatta’ Imam Malik

Hadith : Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Perkahwinan

Wednesday, September 9, 2009

عن ابي هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس منا من خبب امراة على زوجها او عبدا على سيده رواه ابو داود باب فيمن خبب امراة على زوجها رقم 2175

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang menyebabkan seorang perempuan bergaduh atau berbalah dengan suaminya dan seorang hamba mengingkari tuannya bukanlah dari golongan kami."
Hadith riwayat Abu Daud

Hadith : Virtues of Spending for the Cause of Allah

Monday, September 7, 2009

Abu Hurairah narrated that Rasulullah s.a.w. said,

"If I possessed gold to the extent of mount Uhud, I would not like to keep any of it with me for more than three days, except what I put aside for paying a debt."
Narrated by Bukhari

From Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. said,
"Two angels come down (from the heavens) every morning; one prays, ‘O Allah, grant a return to him who spends, while the other prays, ‘O Allah, destroy the wealth of him who withholds it."
Muttafaqun Alaih from Misykat

Hadith : Kelebihan Ramadhan

Wednesday, September 2, 2009

Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'ban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T. padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. (لا اله الا الله) dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah

Hadith : Orang Yang Allah S.W.T. Benci

Thursday, August 13, 2009

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat."
Hadith riwayat Ibnu Hibban

Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
"Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih."
Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Zar r.a. berkata, "Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi s.a.w. bersabda,
"Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya."
Hadith riwayat Muslim

Hadith : Apabila Ilmu Terangkat dan Tiada Ulama Yang Sebenar

Dari Abdullah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada orang lain, dan belajarlah ilmu dan ajarkanlah kepada orang lain, dan pelajarilah hukum-hukum yang fardhu dan ajarkanlah kepada orang lain, kerana sesungguhnya aku akan diangkat daripada dunia ini dan ilmu juga kelak akan diangkat daripada dunia ini sehingga dua orang akan bertelagah di dalam menentukan sesuatu hukum (disebabkan kerana kurangnya ilmu) sehingga tidak ada seorang pun diantaranya yang dapat menerangkan hukum-hukum fardhu dengan betul."
Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai manusia! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat."
Hadith riwayat Musnad Ahmad

Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadith riwayat Bukhari

Hadith : Amal Jariah

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)."
Hadith riwayat Ibnu Majah

Hadith : Adab Menyampaikan Ilmu

Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. apabila berkata sesuatu kalimat beliau akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga orang benar-benar faham.

Hadith riwayat Bukhari

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE