Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Monday, September 28, 2009

Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.





















Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.



Menara Kuala Lumpur

MENARA KUALA LUMPUR is the fifth tallest telecommunications tower in the world and the tallest in Southeast Asia. Standing at 421m and located at the heart of Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia.













Taka Melor Labis Segamat

Friday, July 24, 2009




























Kawasan perkelahan dengan air terjun ini kurang di ketahui umum kerana lokasi yang terpencil. Ia terletak tidak jauh dari pekan Tenang. Bagi mereka yang ingin ke sini bersama keluarga, dinasihatkan agar membawa sendiri bekalan makanan. Tempat yang menarik ini boleh dicari di Google Maps lebih kurang di sini.

Apa yang menarik?
  • Suasana nyaman yang jauh daripada kebisingan bandar
  • Terdapat 'kolam mandi' yang dalam, sesuai untuk yang mahir berenang
  • Kawasan mandi yang cetek, sesuai untuk kanak-kanak
  • Tempat letak kenderaan yang mencukupi
  • Tempat menukar pakaian bagi lelaki dan perempuan
Apa yang kurang?
  • Jalan ke sini yang sempit (salah satu kenderaan yang selisih kena mengalah)
  • Salah pilih tarikh terutama ketika cuti umum menyebabkan kurang ruang untuk mandi dan lain-lain
  • Banyak batu-batu di kawasan kolam mandi yang cetek untuk kanak-kanak

East Coast Beach Singapore

Thursday, June 4, 2009
















East Coast Beach di Singapura adalah pantai yang indah dan dipelihara. Ia lebih elok daripada Pantai Lido dan Pantai Stulang kerana bersih, luas, pantai yang panjang dan banyak kemudahan yang disediakan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama ahli keluarga di sini adalah berbasikal (basikal boleh disewa di sini), BBQ (tempat membakar disediakan), futsal (kena booking n sewa lah), jogging (free jer), camping (pun free) dan lain-lain. Tempat letak kereta di sekitar pantai adalah percuma manakala ruang letak kereta dan motor di sekitar gerai makan perlu dibayar dengan meletakkan kupon. Bagi mereka yang ingin menginap disini, terdapat rumah-rumah rehat yang boleh disewa. Bilik air dan bilik mandi disediakan bagi mereka yang ingin mencuci badan setelah mandi laut dan berpeluh.

Bangunan Bersejarah Melaka

Wednesday, June 3, 2009




Bangunan-bangunan lama dan bersejarah ini terletak di Bandar Melaka berhampiran Dataran Pahlawan.





 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE