Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Monday, September 28, 2009

Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.





















Taka Melor Labis Segamat

Friday, July 24, 2009




























Kawasan perkelahan dengan air terjun ini kurang di ketahui umum kerana lokasi yang terpencil. Ia terletak tidak jauh dari pekan Tenang. Bagi mereka yang ingin ke sini bersama keluarga, dinasihatkan agar membawa sendiri bekalan makanan. Tempat yang menarik ini boleh dicari di Google Maps lebih kurang di sini.

Apa yang menarik?
  • Suasana nyaman yang jauh daripada kebisingan bandar
  • Terdapat 'kolam mandi' yang dalam, sesuai untuk yang mahir berenang
  • Kawasan mandi yang cetek, sesuai untuk kanak-kanak
  • Tempat letak kenderaan yang mencukupi
  • Tempat menukar pakaian bagi lelaki dan perempuan
Apa yang kurang?
  • Jalan ke sini yang sempit (salah satu kenderaan yang selisih kena mengalah)
  • Salah pilih tarikh terutama ketika cuti umum menyebabkan kurang ruang untuk mandi dan lain-lain
  • Banyak batu-batu di kawasan kolam mandi yang cetek untuk kanak-kanak

Ijtimak (Perhimpunan Umat Islam) 2009

Friday, July 3, 2009









Satu perhimpunan umat Islam bakal diadakan pada 9, 10, 11 dan 12 Julai 2009 bertempat di tanah lapang berhampiran Masjid Kuarters KLIA, Sepang. Semua muslimin dijemput menghadirkan diri. Bagi mereka yang pertama kali hendak ke sana, lihatlah peta berikut dan sini.

Balai Polis Bukit Kepong

Tuesday, June 9, 2009















Bangunan balai polis ini adalah sebagai menggantikan bangunan balai polis lama yang musnah dalam kebakaran akibat serangan komunis 23
Februari 1950. Dalam serangan tersebut, seramai 17 orang anggota polis terbunuh. Gambar daripada bawah:-


- Jeti dan Sungai Muar di Bukit Kepong
- Bangunan balai polis daripada luar
- Pemandangan dalam daripada lubang menembak
- Pemandangan tembok daripada dalam
- Buku catatan dan laporan orang awam yang diterima polis antaranya dari tahun 1952




Pantai Stulang Johor Bahru

Thursday, June 4, 2009




Even though it's said that the water is dirty, some pigeons are still landing at this beach. Even some parents got into the water. (Broken English)

Bangunan Bersejarah Melaka

Wednesday, June 3, 2009




Bangunan-bangunan lama dan bersejarah ini terletak di Bandar Melaka berhampiran Dataran Pahlawan.





 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE