Pantai Stulang Johor Bahru

Thursday, June 4, 2009




Even though it's said that the water is dirty, some pigeons are still landing at this beach. Even some parents got into the water. (Broken English)

Bangunan Bersejarah Melaka

Wednesday, June 3, 2009




Bangunan-bangunan lama dan bersejarah ini terletak di Bandar Melaka berhampiran Dataran Pahlawan.





Pusat Jualan Cenderahati Melaka


Ini adalah pusat jualan cendera hati dan mata di Melaka. Banyak barang-barang murah dari pakaian, makanan ringan dan barang-barang perhiasan. Barang-barang yang terdapat di tempat-tempat lawatan seperti Taman Rama-Rama, Zoo Buaya dan Mini Malaysia terdapat juga di sini malah lebih banyak pilihan. Harga yang ditawarkan sama dan tak banyak beza. Cuma cenderamata seperti produk rama-rama yang terdapat di Taman Rama-Rama tiada di sini.

Menara Tamingsari Melaka













Menara Tamingsari Melaka berungsi seperti lif yang membawa pelancong ke atas menara dengan 'piring terbang'nya. Bila dah sampai atas tu dia akan berpusing 360 darjah untuk pelancong melihat pemandangan sekeliling. Harga tiket RM10 seorang (dengo2 jer...). Tak naik pung ...

Muzium Samudera Melaka









Terdapat banyak barang-barang pameran di Muzium Samudera ini. Kalau nak diikutkan, jika anda seorang ulat buku dan suka membaca, 1 hari lawatan tak cukup sebab nak baca semua catatan dan keterangan barang pameran di muzium ni.

Masjid Al-'Azim Melaka


Masjid Al-'Azim terletak di MITC (tak tau apa). Dahulunya terletak dikawasan lapang yang tiada pembangunan di sekelilingnya. Tetapi telah diangkat oleh jin ke kawasan yang penuh dengan bangunan ini ...

Zoo Buaya Melaka





Tiada apa yang menarik di Zoo Buaya ini. Jika anda telah melihat buaya di Taman Rama-Rama, tak perlulah lihat buaya di sini. Apa yang menarik perhatian kanak-kanak untuk ke sini adalah Rumah Misteri atau Rumah Hantunya yang sebenarnya tidaklah menakutkan atau menyeramkan. Menggunakan teknik suasana gelap dan bunyi serta 'kain mop' yang terbang menakutkan kanak-kanak yang penakut tetapi seronok. Taman Tema Airnya juga menarik perhatian kanak-kanak tetapi perlu membayar lebih lah.

Mini Malaysia Melaka






Taman Mini Malaysia adalah tempat menarik untuk mengetahui tentang senibina rumah tradisional setiap negeri dalam Malaysia. Walau bagaimanapun, pakaian tradisional dan lain-lain adat tradisi setiap negeri tidak dipamerkan di rumah-rumah tradisi tersebut. Terdapat juga rumah tradisi negara Thailand dan Filipina. Walau bagaimanapun, rumah tersebut yang sudah tentu menelan belanja beribu-ribu ringgit tidak dijaga dan seolah-olah bukan untuk dikunjungi.

Taman Rama-Rama Melaka






Taman rama-rama hidup tidaklah terserlah kerana rama-rama keseluruhannya berterbangan dan payah untuk dilihat dalam kumpulan yang banyak berhimpun pada satu pohon. Banyak haiwan lain dipamerkan yang tiada kaitan dengan rama-rama. Produk rama-rama banyak dijual dan hanya inilah yang menyerlahkan tema taman ini, cuma tempat jualan amatlah tidak selesa kerana panas. Sebenarnya lawatan ke sini telah mencukupi tanpa perlu melawat Zoo Buaya. Gambar bawah sekali tu bukanlah rama-rama sekolah yee .... cuma nak tunjuk kat belakang tu ada gerbang Taman Rama-Rama jer.

Bt Gombak Park Singapore




One of the parks found in Singapore for people to jog and cycle.

Impian Emas Golf n Country Resort Johor Bahru

Tuesday, June 2, 2009




Bt Timah Nature Park Singapore


















It's an area preserved by the government of Singapore. Activities such as jogging, cycling, jungle tracking etc. can be organized here. There is also a showroom about the preserved area from the beginning until now.

 
 
 

My Blog List

My Blog List

Like mE