Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
My Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Looks like homeschooling is exploding!!!10 months ago
-
-
-
-
-
987สล็อต3 years ago
-
“Cheetos” For Families in Need4 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?9 years ago
-
-
-
-
-
Limits and Boundaries11 years ago
-
Jadi Pendengar Yang Baik11 years ago
-
Marmara Foods’ New Online Presence!11 years ago
-
-
How to Create a Website from Scratch with NotePad11 years ago
-
-
-
REFLEKSI BERMALAM DI WAD12 years ago
-
-
-
-
Blogger Meta Tag Optimization13 years ago
-
-
Impikan anak soleh13 years ago
-
Berunding di Sitwe, Arakan13 years ago
-
-
When Love is a One-Night Stand13 years ago
-
8 Videos To Motivate You This Ramadan14 years ago
-
Ramadan Schedule14 years ago
-
-
Ramadan Joy14 years ago
-
-
7 Ways to Increase your Influence on Twitter14 years ago
-
-
-
Utusan Malaysia Online - Politik14 years ago
-
Can the Angry Birds Keep Flying?15 years ago
-
The Meaning of the Noble Qur’an15 years ago
-
The Anatomy of Spider15 years ago
-
Sleep15 years ago
-
-
Malaysians in Yanbu, Saudi Arabia (updated)15 years ago
-
-
-
-
-
Terima Kasih Semuanya17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Posted by haSan faTula at 2:12 PM 0 comments
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.
Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.
Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.
Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.
Posted by haSan faTula at 2:00 PM 0 comments
Labels: Travel
Menara Kuala Lumpur
MENARA KUALA LUMPUR is the fifth tallest telecommunications tower in the world and the tallest in Southeast Asia. Standing at 421m and located at the heart of Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia.
Posted by haSan faTula at 1:40 PM 0 comments
Labels: Travel
Hadith : Kesan Sifat Buruk Kepada Islam dan Masyarakat
Dari Zubair bin Awwam r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
"Telah diserang kepada kamu satu penyakit yang mana telah menyerang umat sebelum daripada kamu; penyakit itu adalah hasad dengki, yang akan mencukurnya. Aku tidak mengatakan bahawa yang dicukur itu ialah rambut, tetapi yang dicukur itu ialah agama."Hadith riwayat Tirmizi
Posted by haSan faTula at 1:10 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Hindarkan Perselisihan
Dari Muaz bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah S.W.T. memberi sepenuh perhatian kepada seluruh makhlukNya pada malam 15 Sya'ban dan mengampuni seluruh makhlukNya kecuali dua jenis manusia iaitu mereka yang melakukan syirik kepada Allah dan orang yang ada sifat membenci seseorang dalam hatinya."Hadith riwayat Tabarani
Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah di antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan."Hadith riwayat dari Muwatta’ Imam Malik
Posted by haSan faTula at 1:03 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Perkahwinan
عن ابي هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس منا من خبب امراة على زوجها او عبدا على سيده رواه ابو داود باب فيمن خبب امراة على زوجها رقم 2175
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang menyebabkan seorang perempuan bergaduh atau berbalah dengan suaminya dan seorang hamba mengingkari tuannya bukanlah dari golongan kami."Hadith riwayat Abu Daud
Posted by haSan faTula at 7:31 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Virtues of Spending for the Cause of Allah
Abu Hurairah narrated that Rasulullah s.a.w. said,
"If I possessed gold to the extent of mount Uhud, I would not like to keep any of it with me for more than three days, except what I put aside for paying a debt."Narrated by Bukhari
From Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. said,
"Two angels come down (from the heavens) every morning; one prays, ‘O Allah, grant a return to him who spends, while the other prays, ‘O Allah, destroy the wealth of him who withholds it."Muttafaqun Alaih from Misykat
Posted by haSan faTula at 2:29 PM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Kelebihan Ramadhan
Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'ban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T. padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah
Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."
Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. (لا اله الا الله) dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
Posted by haSan faTula at 12:31 AM 0 comments
Labels: Hadith
Kenapa Yahudi Amat Berkuasa?
Diambil daripada blog.azhad.com
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
1 Yahudi 100 Islam
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?
Posted by haSan faTula at 2:45 PM 0 comments
Labels: Informations
من قدرة الله
Posted by haSan faTula at 12:02 PM 0 comments
Labels: Informations
Video : Talks on Comparative Religions
Original Sin (Christians) ~ Vs~ Original Goodness (Islam)
Salvation in Islam vs. Salvation in Christianity
Posted by haSan faTula at 10:23 AM 0 comments
Labels: Islamic Teachings
Hadith : Orang Yang Allah S.W.T. Benci
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat."Hadith riwayat Ibnu Hibban
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
"Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih."Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Zar r.a. berkata, "Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi s.a.w. bersabda,
"Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya."Hadith riwayat Muslim
Posted by haSan faTula at 10:12 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Apabila Ilmu Terangkat dan Tiada Ulama Yang Sebenar
Dari Abdullah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada orang lain, dan belajarlah ilmu dan ajarkanlah kepada orang lain, dan pelajarilah hukum-hukum yang fardhu dan ajarkanlah kepada orang lain, kerana sesungguhnya aku akan diangkat daripada dunia ini dan ilmu juga kelak akan diangkat daripada dunia ini sehingga dua orang akan bertelagah di dalam menentukan sesuatu hukum (disebabkan kerana kurangnya ilmu) sehingga tidak ada seorang pun diantaranya yang dapat menerangkan hukum-hukum fardhu dengan betul."Hadith riwayat Baihaqi
Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai manusia! Tuntutlah ilmu sebelum ia dikembalikan dan sebelum ilmu terangkat."Hadith riwayat Musnad Ahmad
Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain."Hadith riwayat Bukhari
Posted by haSan faTula at 9:54 AM 0 comments
Labels: Hadith
Hadith : Amal Jariah
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)."Hadith riwayat Ibnu Majah
Posted by haSan faTula at 9:46 AM 0 comments
Labels: Hadith