Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dengan berbuat kebaikan akan terhindar daripada kematian yang buruk, bersedekah dengan sembunyi akan menyejukkan kemurkaan Allah dan silaturrahmi iaitu menjalin hubungan yang baik di antara saudara-mara akan memanjangkan umur".Hadith riwayat Tabarani dan Majma uz Zawaid
Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan rezekinya ditambahkan, hendaklah dia menjalin hubungan silaturrahmi dengan baik kepada saudara-mara ibubapanya."Hadith dari Musnad Ahmad
Dari Muaz r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan kepada kedua ibubapa, berilah berita gembira untuk mereka, yakni Allah Taala akan menambahkan umurnya."Hadith riwayat Hakim
0 comments:
Post a Comment